Sunday, 28 April 2013
Wednesday, 24 April 2013
Contoh karangan ucapan perpisahan guru.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan
Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi.
Hadirin yang dihormati,
Terlebih
dahulu, saya mengucapkan terima kasih dan berbesar hati kerana pihak majlis
sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dalam majlis pada hari ini.
Sebagaimana yang kita ketahui, majlis ini diadakan adalah untuk meraikan cikgu Shahimi
yang akan berpindah ke sekolah lain tidak lama lagi.
Sesungguhnya
kita tidak menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama mencurahkan
bakti di sini. Kita berasa amat sedih kerana akan kehilangan seorang guru yang
sangat dedikasi terhadap tugasnya.
Hadirin yang dikasihi,
Pengorbanan
dan jasa beliau kepada kita tidak ternilai harganya. Beliau telah banyak
membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada kita. Selain itu, beliau juga
sentiasa mengambil berat dan sanggup meluangkan masa mengadakan kelas tambahan
kepada murid-muridnya.
Saya
mewakili semua murid, mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Shahimi.
Kami menghargai segala usaha dan jasa cikgu. Kami berjanji akan belajar
bersungguh-sungguh agar impian dan cita-cita kami tercapai.
Kami juga
meminta ampun dan maaf daripada cikgu jika terdapat sebarang kesilapan yang
telah kami lakukan sepanjang cikgu mendidik kami.
Akhir sekali, saya mewakili semua
murid di sekolah ini berdoa agar cikgu akan berbahagia apabila bertugas di
sekolah baru nanti. Sebelum mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap pantun
daripada saya.
Pucuk pauh delima
batu,
Anak
sembilang di tapak tangan;
Walaupun jauh
ribuan batu,
Hilang
di mata, di hati jangan.
Sekian, terima kasih.
UPSR: Contoh Karangan
Contoh karangan ucapan perpisahan guru.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan
Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi.
Hadirin yang dihormati,
Terlebih
dahulu, saya mengucapkan terima kasih dan berbesar hati kerana pihak majlis
sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dalam majlis pada hari ini.
Sebagaimana yang kita ketahui, majlis ini diadakan adalah untuk meraikan cikgu Shahimi
yang akan berpindah ke sekolah lain tidak lama lagi.
Sesungguhnya
kita tidak menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama mencurahkan
bakti di sini. Kita berasa amat sedih kerana akan kehilangan seorang guru yang
sangat dedikasi terhadap tugasnya.
Hadirin yang dikasihi,
Pengorbanan
dan jasa beliau kepada kita tidak ternilai harganya. Beliau telah banyak
membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada kita. Selain itu, beliau juga
sentiasa mengambil berat dan sanggup meluangkan masa mengadakan kelas tambahan
kepada murid-muridnya.
Saya
mewakili semua murid, mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Shahimi.
Kami menghargai segala usaha dan jasa cikgu. Kami berjanji akan belajar
bersungguh-sungguh agar impian dan cita-cita kami tercapai.
Kami juga
meminta ampun dan maaf daripada cikgu jika terdapat sebarang kesilapan yang
telah kami lakukan sepanjang cikgu mendidik kami.
Akhir sekali, saya mewakili semua
murid di sekolah ini berdoa agar cikgu akan berbahagia apabila bertugas di
sekolah baru nanti. Sebelum mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap pantun
daripada saya.
Pucuk pauh delima
batu,
Anak
sembilang di tapak tangan;
Walaupun jauh
ribuan batu,
Hilang
di mata, di hati jangan.
Sekian, terima kasih.
UPSR: Contoh Huraian Pengajaran
1. Cekal
menghadapi dugaan
2. Berusaha
mencapai cita-cita
3. Berjimat-cermat
4. Tekun
dan rajin
5. Pandai
mengambil hati pelanggan
6. Jujur
berniaga
7. Tanggungjawab
kepada keluarga
Banyak pengajaran yang boleh didapati daripada cerita
tersebut. Antaranya, kita haruslah cekal dan tabah menghadapi dugaan dan
cabaran hidup. Jangan cepat berputus asa. Kita juga hendaklah berusaha dan
bekerja keras untuk mencapai cita-cita yang diidamkan. Hindari sikap berpeluk
tubuh kerana rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang
gigih. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit merupakan peribahasa
yang boleh dijadikan amalan, jika kita inginkan masa depan yang lebih terjamin.
Hal ini demikian, sangat penting sekiranya kita ingin melibatkan diri dalam
dunia perniagaan. Selain ketekunan dan kerajinan, kebijaksanaan kita mengambil
hati pelanggan juga sangat penting bagi memastikan perniagaan kita berjaya.
Selain itu, kita mestilah jujur semasa berurusan dengan pelanggan bagi
memastikan mereka akan sentiasa berurusan dengan kita. Jangan sesekali jadi
seperti kacang lupakan kulit, apabila kita telah mengecapi
kesenangan.
bertanggungjawab terhadap keluarga kita.
-
hendaklah, perlulah, patutlah, haruslah, mestilah,
-
disaran supaya, diseru supaya, diminta supaya, digalakkan supaya,
disyorkan supaya, diajak supaya, dituntut
supaya, digesa supaya,
Contoh penggunaan penanda
wacana
- di
samping itu, selain itu, namun begitu, hal yang demikian,
1.
Kita
hendaklah rajin berusaha
untuk mencapai cita-cita yang dihajati. Impian kita tentu tidak akan menjadi
kenyataan jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya.
2.
Kita
haruslah sentiasa bertanggungjawab
melaksanakan sebarang tugas yang diberikan. Jangan mengabaikan tugas yang
dipertanggungjawabkan kepada kita.
3.
Kita
juga perlulah menjadi murid yang berdisiplin.
Peraturan atau undang-undang dalam kehidupan seharian hendaklah dipatuhi.
4.
Kita
juga disaran supaya sanggup membantu orang lain yang memerlukan pertolongan.
Sikap tolong-menolong patut
menjadi amalan hidup kita.
5.
Kita
juga perlu mempunyai wawasan dan
bercita-cita tinggi. Oleh itu kita akan bekerja keras untuk mencapai
matlamat tersebut.
6.
Kita
juga digalakkan bekerjasama
dengan orang lain. Perumpamaan seperti aur dengan tebing perlu diamalkan dalam
kehidupan seharian.
7.
Kita
juga patut berjimat-cermat.
Jangan membazir semasa berbelanja. Sesungguhnya boros itu merupakan amalam
syaitan.
8.
Kita
juga dituntut agar sentiasa menghormati
orang lain. Hubungan silaturahim akan lebih erat jika kita saling
menghormati antara satu sama lain.
9.
Kita
juga harus bersabar apabila
ditimpa sesuatu musibah atau kesusahan. Orang yang sentiasa bersabar akan
mendapat keredaan Tuhan.
10. Kita juga mestilah cekal dan tabah dalam menghadapi
ujian dan dugaan hidup. Jangan sesekali merungut seandainya kita dilanda
kesulitan atau kapayahan.
11. Kita juga diminta supaya bertimbang rasa terhadap orang
lain. Janganlah mementingkan diri sendiri.
12. Kita juga mestilah bersyukur kepada Allah atas
segala nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita.
13. Kita juga diseru supaya berbuat baik sesama insan.
Jangan menyakiti hati orang lain.
14. Kita juga disaran supaya bekerja keras untuk mencapai
cita-cita. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
15. Kita juga hendaklah berbudi bahasa, terutama semasa
berkomunikasi dengan orang lain. Jangan meninggikan suara apabila berbicara.
16. Kita juga dituntut supaya jujur dan amanah dalam kehidupan
seharian. Jangan mengkhianati kepercayaan orang lain terhadap kita.
17. Kita juga digesa supaya
mendengar dan patuh akan nasihat
yang diberikan sama ada oleh guru mahupun ibu bapa.
18. Kita juga diseru supaya aktif dalam bidang kokurikulum.
Jangan hanya menumpukan perhatian dalam bidang akademik semata-mata.
19. Masa itu emas. Oleh itu kita
mestilah menepati masa.
20. Kita juga disyorkan supaya membalas jasa, terutama kepada
ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita. Jangan jadi seperti kacang
lupakan kulit.
21. Kita juga perlu bijak menguruskan masa. Jadual
waktu harian amat penting supaya kita tidak akan melakukan perkara yang tidak
berfaedah.
22. Kita juga diminta bertolak-ansur. Jangan
mementingkan diri sendiri.
23. Kita juga disaran supaya berhati-hati semasa melakukan
sesuatu tugas agar hasil pekerjaan kita menjadi sempurna.
24. Kita juga diajak supaya berdikari. Jangan selalu
mengharapkan ihsan atau pertolongan orang lain.
25. Amalan
membaca
patut dijadikan rutin harian kita. Membaca merupakan jambatan ilmu. Orang yang
menjadi ulat buku tentunya akan mendapat banyak pengetahuan. Jangan jadi
seperti katak di bawah tempurung.
26. Kita juga diseru supaya sedia memaafkan kesalahan orang
lain. Hubungan silaturahim akan berkekalan sekiranya kita saling bermaafan.
27. Kita mestilah menjaga kebersihan. Kebersihan
sebahagian daripada iman.
28. Perasaan sayang-menyayangi sesama insan perlu ada dalam diri kita.
Hidup akan lebih bermakna sekiranya kita sentiasa menyayangi dan disayangi.
29. Kita harus bersimpati dan belas kasihan
seandainya ada insane yang sengsara atau ditimpa kesusahan. Hulurkan bantuan
mengikut kemampuan kita.
30. Ucapan
terima kasih
hendaklah kita berikan apabila menerima pertolongan daripada sesiapa sahaja.
UPSR:Bahagian C Menulis Pengajaran
BAHAGIAN C – Menuulis pengajaran
Iktibarnya, kita ...
haruslah, perlulah, mestilah, hendaklah,
disaran, diseru, diajak, digesa, diminta, disyor,
diingatkan,
Selain itu/ Di samping itu/ Seterusnya/
- ...
rajin membaca
- ...
rajinmenuntut ilmu
- ... rajin
mengulangkaji pelajaran
- ...
bijak mengisi masa lapang
- ...
menghargai masa
- ...
berusaha bersungguh-sungguh
- ...
menjadi insan yang bertanggungjawab
- ...
bersikap pemurah
- ...
memberi tumpuan semasa di dalam kelas
- ...
amanah apabila menerima sesuatu tanggungjawab daripada orang lain
- ...
bersikap jujur
- ... bertanya
- ...
berbincang
- ...
membantu
- ...
bekerjasama
- ...
bertolak ansur
- ...
mengucapkan terima kasih
- ...
bercita-cita tinggi
- ...
berazam untuk mengubah sikap
- ...
mendengar nasihat
- ...
ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan
- ...
menghormati orang lain
- ... taat
kepada ibu bapa
- ...
berdisiplin
- ...
berwawasan
- ...
berani
- ...
bangun awal
- ...
berakhlak mulia
- ...
menyayangi
- ...
mencintai alam sekitar
- ...
berdoa kepada Allah
- ...
bertimbang rasa
- ... bersatupadu
- ...
mementingkan dan menjaga bebersihan diri
- ...
mengenang dan membalas jasa ibu bapa
- ...
bijak memilih rakan
- ...
bersemangat patriotik
- ...
tidak mudah berputus asa
- ...
merancang sebelum bertindak
- ... menjaga
keselamatan diri
- ...
aktif dalam bidang kokurikulum
- ...
berjimat cermat
- ...
menepati masa
- ...
bersyukur kepada Allah
- ...
memaafkan kesalahan orang lain
- ...
bersabar
- ...
berdikari
Tuesday, 23 April 2013
MINGGU 10: MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
MINGGU 10 : Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.
Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan
(i) Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran bahasa
(i) Penentuan peringkat pengajaran
Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:
Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.
(i) Kemahiran Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantú mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.
Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
Prinsip pembinaan bahan video dan audio:
Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Penggunaan elemen audio
Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan
Panduan meggunakan elemen video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
Panduan menggunakan elemen animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.
Membina Bahan Video Dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:
MINGGU 9 : Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.
Prosedur pengeditan
Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.
Langkah-langkahnya ialah:
Langkah 1 & 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Langkah 6
Langkah 7
Langkah 8
Langkah terakhir
MINGGU 8: PENGAJARAN B MELAYU SECARA ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN
MINGGU 8 : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Dan Luar Talian Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan
Pengenalan
Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet .
Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.
(i) Dapat mengakses bahan dengan cepat
(ii) Kepelbagaian bahan di internet
(iii) Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan.
Bahan yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas talian ialah:
Melaksanakan simulasi pengajaran atas talian
MINGGU 7: MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM p&p B. MELAYU
MINGGU 7 : Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Pengenalan
Bengkel Model Pemprosesan Maklumat
Terdapat prinsip-prinsip yang harus dipatuhi dalam pemprosesan maklumat ini agar maklumat yang didapati dalam keadaan yang baik
Prinsip pemprosesan maklumat
Empat proses yang terlibat dalam pemprosesan maklumat
Terdapat dua jenis ingatan yang membantu proses ingatan berfungsi iaitu:
(i) Ingatan jangka pendek
(ii) Ingatan jangka panjang
Proses Ingatan jangka pendek
Proses ingatan jangka panjang
Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak pembelajaran.Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembelajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya untuk P&P yang seterusnya.
Contoh-contoh tapak pembelajaran
MINGGU 6: MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN P&P B. MELAYU
MINGGU 6 : Membina Dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan Dalam Penyusunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Pengenalan
· Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.
· Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
· Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.
Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu:
1. Struktur Hierarki
2. Struktur Komposit
Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
Kesan kepada murid
Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.
Kepentingan akses struktur perpautan
Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan
(iii) Struktur linear
· Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
· Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.
3. Struktur Linear
Contoh urutan perpautan bagi contoh hierarki
MINGGU 5 MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKAEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DLM P & P B.MELAYU
MINGGU 5 : Membina Dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran Dan Pakej Tutorial Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah untuk membina tapak pembelajaran.
Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran
Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah,
Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Tapak pembelajaran Sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.
Antara contoh-contoh jenis laman web:
· Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.
BIL
|
PERKARA
|
HURAIAN
|
1
|
Reka bentuk paparan skrin
|
Haruslah
yang menarik, mudah
|
2
|
Grafik
|
Susun
atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak
paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik
perlu pada setiap paparan.
|
3
|
Font atau muka taip
|
· Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial
dan Times New Roman.
· Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah
untuk dibaca.
· Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
· Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada
sesuatu tempat.
|
Ikon
|
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar
belakang)
|
|
Pautan hyperteks
|
· Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk
grafik atau video.
· Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan
yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
|
|
Format gambar
|
· Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak
pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
· Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya
supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
· Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch)
keran saiznya yang besar.
|
|
Format fail gambar
|
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih
dari 100kb.
|
|
Animasi
|
· Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per
satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
· Animasi multimedia lebih kompleks
· Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
· Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz
yang lebih kecil.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)