PENGGUNAAN KATA / KATA
BANYAK MAKNA.
1.
Buku
-Buku cerita yang
dibelinya telah dipinjam oleh Azhar.
-Mereka bergaduh dengan menggunakan buku lima.
-Jangan makan buku tebu itu
-Kakak membeli sebuku
benang / sabun.
2.
Mati
-Jalan itu jalan mati.
-Orang itu mati dalam kemalangan jalan
raya.
-
Dia mati akal apabila berada
dalam keadaan tertekan.
3.
Masak
-Saya
sudah masak denan perangai
budak itu.(faham benar)
-Mangga itu sudah masak.
- Makanan itu belum saya masak.
4.
Jatuh
-Buku itu jatuh dari
atas meja ini.
-Harga barang jatuh
sejak kebelakangan ini.
-Hari Kebangsaan jatuh
pada hari Khamis.
-Adik budak itu jatuh sakit.
-Kerajaan itu jatuh kerana undi tidak percaya.
5.
Olah
-Bagaimana olahnya
hendak menjadi cepat kaya.(cara)
-Ini sudah tentu olah anak saya. (perbuatan)
-
Orang tua banyak olahnya.
(perbuatan yang aneh-aneh)
6.
Buruk
-Mengapakah dia berkelakuan buruk
?
-Rumah buruk itu akan dirobohkan.
-Usahlah menghina orang yang buruk rupanya.
7.
Melepaskan
-Buatlah kerja itu dengan betul-betul.
Janganlah membuatnya seperti melepaskan
batuk
di tangga.
-Dia berehat untuk melepaskan penat.
-Wahid melepaskan senyuman ke arah
kami.
-Beliau akan melepaskan jawatannya tidak lama lagi.
8.
Larut
- Ayahku telah bertambah larut sakitnya.(makin bertambah)
- Saya berasa sejuk,
barangkali hari sudah larut
malam.(telah jauh)
-
Gula larut di dalam air.
(menjadi cair)
9.
Gaya
-Bukan begini gayanya memikat hati
orang.(cara)
-Gedung ini dibangunkan gaya barat.(bentuk, rupa, corak)
-Gaya muzik ini sama dengan lagu-lagu Hindustan.(irama, lagu)
-Pelbagai gaya manusia dapat
dilihat di stesen bas.(tingkah laku, lagak)
10. Menjelma
-Orang Hindu percaya bahawa orang yang mati
itu akan menjelma balik.
(kembali, lahir)
-Jiwanya menjelma
dalam tubuh seekor kera.(masuk ke dalam)
-Wajah ibu menjelma ke dalam ingatannya.
(muncul)
-Ulat menjelma menjadi
rama-rama.(berubah, bertukar)
No comments:
Post a Comment