KATA ADJEKTIF.
1.
Minyak bekas goreng ikan yang sudah ____________ itu dibuang oleh
kakak.
A busuk B masam C tengik D
hangit
2.
Keropok itu sudah ___________ kerana masuk angin.
A lembik B lemau C basah D
lembab
3.
Pokok-pokok yang tumbuh di puncak gunung itu
kelihatan ___________ jika dilihat dari jauh.
A berbalam-balam B sayup-sayup C
beralun-alun D suram
4.
Semasa berada di puncak Menara Kuala Lumpur, Farid
berasa ___________ apabila melihat
ke bawah.
A sayup B gayat C takut D risau
5.
Sahir tidak berdaya memanjat pokok kelapa yang yang
____________ melangit itu.
A kurus B tinggi C panjang D lampai
6.
Ubat yang ___________ seperti hempedu itu biasanya
tidak digemari oleh kanak-kanak.
A masam B masin C pedas D
pahit
7.
Badan pengemis itu _____________ kerana sudah
berminggu-minggu dia tidak mandi.
A hanyir B haring C hangit D
hapak
8.
Dahan pokok rambai itu __________ lantaran buahnya lebat.
A melabuh B menurun C melentur D
meluyut
9.
Dia menggoreng keropok itu sehingga
________________.
A garing B lemau C kering D
keras
10. Perasaannya ______________
sahaja kerana mengenangkan nasib dirinya yang sebatang kara.
A mendung B keruh C sugul D
malap
11. Arus sungai itu sangat
______________ dan berbahaya.
A deras B laju C cepat D luas
12. Mereka bergotong-royong
membersihkan kawasan yang _______________ itu.
A busuk B kotor C buruk D lama
13. Para pelancong
________________ melihat rakyat Malaysia yang hidup dalam aman dan
damai.
A berani B bosan C kagum D
kecewa
14. Walaupun sudah ____________
tetapi Pak Salleh masih ___________ bekerja.
A besar…gigih B baik…uzur C uzur…elok D
tua…kuat
15. Daniel mengambil masa yang
_____________ untuk membaca buku yang ___________ itu.
A lama… tebal B banyak…banyak C singkat…besar D
tinggi…luas
No comments:
Post a Comment