Blogger Widgets

Thursday, 18 April 2013

soalan objektif IMBUHAN


IMBUHAN.

1.     Kami selalu _____________ agar pasukan nasyid sekolah akan berjaya dalam pertandingan itu.
      A mendoakan        B doakan                     C berdoa                     D didoakan

2.     Beribu-ribu penonton telah ______________ stadium menyaksikan perlawanan bola sepak.
     A membanjirkan     B banjiri                      C berbanjirkan             D membanjiri

3.     Ibu ______________ tetamunya kuih-muih dan air kopi.
     A menghidangi      B menghidangkan       C hidangkan                D hidangi

4.     “Saya mengembara untuk ________________ pengetahuan dan pengalaman,” kata beliau.
     A memperluaskan  B diperluas                  C meluas                     D memperluas

5.     Kesalahan struktur ayat dalam bahasa Melayu kebanyakannya _______________ oleh bahasa asing.
     A mempengaruhi    B berpengaruh             C dipengaruhi             D pengaruhi

6.     Kami akan ______________ tentang rancangan berkhemah di tepi pantai itu.
     A berbincang          B bincang                    C membincangkan      D berbincangkan

7.     Datuk telah _____________ adik saya seutas rantai emas.
     A hadiahkan           B menghadiahkan       C hadiahi                     D menghadiahi

8.     “Sembahyanglah kamu sebelum kamu _____________,” katanya.
     A disembahyangi   B disembahyangkan    C menyembahyangkan            D menyembahyangi

9.     Ketibaan mempelai itu diberi ________________ yang meriah.
    A sambutkan           B sambutan                 C penyambutan           D menyambuti

10. Datuk saya _______________ tentang pengalamannya semasa mengembara di benua Eropah.
    A bercerita              B menceritakan           C berceritakan             D ceritakan

11. Bidang kewartawanan di negara ini telah ________________ oleh Abdul Rahim Kajai.
     A mempelopori      B mempeloporkan       C peloporan     D dipelopori

12. Berdasarkan kajian oleh ahli perubatan, zink merupakan____________ kepada penyakit barah.
     A bersebab             B menyebabkan          C penyebab     D disebabkan

13. Warna hijau muda langsir itu sangat ______________ dengan warna sofa di ruang tamu
     rumah Haliza.
     A menyesuaikan     B bersesuaian              C bersesuai      D disesuaikan

14. Puan Devi berkata bahawa dia tidak berminat langsung untuk ______________ orang gajinya itu.
    A memperhambakan           B diperhamba              C menghamba             D hambakan

15. _____________ wang yang lebih itu disimpan  di bank.
    A Seeloknya            B Seelok-eloknya        C Mengelokkan           D Keelokan


16. Sejak pagi sampai petang rumah Firdaus tidak putus-putus _____________ rakan-rakannya.
    A didatangi             B kedatangan              C mendatang               D mendatangi

17. Perlaksanaan projek ini memerlukan semangat yang _____________ dan usaha yang tidak
      mengenal jemu.
     A kental                 B mengental                C kentalan                   D mengentalkan

18. Kemalangan ngeri yang aku lihat tempoh hari masih ______________ di kepalaku.
     A berdekam           B mendekam               C dekam                      D mendekami

19. Harga getah ______________ naik kerana bekalan getah tidak mencukupi.
     A melonjak             B melonjak-lonjak       C terlonjak                  D lonjak

20. _____________ Kementerian Pendidikan untuk menjadikan komputer sebagai mata pelajaran
     wajib patut mendapat sokongan semua pihak.
     A Saranan              B Penyaranan              C Penyaran                  D Menyarankan

21. Ravi faham akan ________________ hidup yang dihadapi oleh keluarganya.
    A kesusahan            B menyusahkan           C disusahkan               D menyusah

22. Para hadirin berdiri sebaik saja tetamu ______________ itu masuk ke dalam dewan.
    A terhormat             B kehormat                 C dihormat                  D penghormatan

23. Beliau ______________ oleh penunggang kuda kaum Bajau.
    A diiring                  B mengiringi               C diiringi                     D seiring

24. ____________ Hari Kebangsaan pada tahun ini diadakan secara sederhana.
  A Penyambutan        B Sambutan                C Sambutkan              D Disambutkan

25. Kegiatan pengedaran dadah patut __________________.
   A banteraskan          B dibanteras                C membanteraskan      D pembanterasan

26. Kain yang berwarna perang itu ______________ untuk mendapatkan kain putih.
   A meluntur               B peluntur                   C melunturi                 D dilunturkan

27. Kita perlu bekerja keras untuk mencari _______________ di luar negara.
   A pasaran                 B pemasaran                C memasarkan D dipasarkan

28. Kematiannya _______________ terjadinya sesuatu yang tidak diingini.
   A mungkin               B kemungkinan           C memungkinkan        D berkemungkinan

29. Baru sebentar tadi dia pergi menguruskan ________________ barang-barang kami.
   A lelongan                B melelongkan            C pelelong                   D perlelongan

30. Dia ____________ kepalanya ke dinding seperti orang gila.
   A melagakan            B melaga-lagakan        C memperlagakan       D berlaga

No comments:

Post a Comment