Soalan 1 hingga soalan 5
Baca berita di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
BUKIT MERTAJAM, 12 Julai - Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah
Menengah Permatang Rawa di sini yang dipercayai ponteng sekolah bersama tiga
lagi rakannya ditemui mati lemas di sebuah kolam terbiar di tapak projek Bandar
Baru Perda di sini, pagi ini.
Mangsa, Rosidi Darus,
15 tahun, dari Kampung Bukit Kechik dikatakan keluar dari rumah kira-kira pukul
7 pagi kononnya untuk ke sekolah tetapi sebaliknya mandi-manda di kolam itu
bersama tiga lagi rakannya. Menurut seorang
saksi , mangsa dan tiga lagi kawannya mula mandi di kolam itu kira-kira pukul 9
pagi dan mangsa yang tidak tahu berenang dikatakan lemas dua jam kemudian.
Tiga lagi rakan mangsa
yang takut dan terkejut dengan kejadian itu, kemudiannya bergegas ke sekolah
untuk memberitahu kejadian itu kepada beberapa guru mereka.Pihak sekolah
kemudiannya menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat serta keluarga
Allahyarham.
Kakak Rosidi yang
tidak mahu dikenali berkata, keluarganya menerima panggilan daripada sekolah
adiknya memberitahu kejadian tersebut kira-kira pukul 11 pagi. Katanya, Rosidi
keluar dari rumah berpakaian sekolah seperti biasa dan tidak menyangka adiknya
mahu ponteng sekolah. “Allahyarham memang tidak tahu berenang,” katanya sedih
ketika ditemui di rumah mayat Hospital Bukit Mertajam di sini.
Penolong Penguasa
Jabatan Bomba dan Penyelamat Perai, Roslan Abdul Razak berkata, pihaknya
menerima panggilan mengenai kejadian tersebut daripada seorang guru sekolah
kira-kira pukul 11.50 pagi. Beliau berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat
dijalankan lebih sejam oleh 11 anggota pasukan penyelam dari Balai Bukit
Mertajam dan Perai.
“Mayat mangsa ditemui
kira-kira pukul 1.50 petang dan Rosidi dipercayai mengalami kekejangan otot
setelah mandi terlalu lama di dalam kolam sedalam kira-kira 10 meter itu,”
katanya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam di sini untuk dibedah
siasat sebelum dituntut oleh keluarga mangsa.
1. Pukul berapakah mangsa dikatakan lemas ?
A 7.00 pagi B 9.00 pagi C 11.00 pagi D
1.50 petang
2. Pernyataan berikut adalah benar mengenai petikan di atas kecuali
A Gerakan mencari mangsa
dijalankan oleh oleh pasukan penyelam dari Bukit Mertajam dan
Perai
B Keluarga mangsa mengetahui
berita kejadian daripada pihak sekolah.
C Mangsa dan tiga rakannya
mandi-manda di kolam terbiar selepas pulang dari sekolah.
D Rakan-rakan mangsa
melaporkan kejadian yang berlaku kepada guru sekolah mereka.
3. Berapa lamakah mangsa dipercayai hilang sehingga mayatnya dijumpai ?
A 2 jam B 2 jam 50 minit C 4 jam 50 minit D 6 jam 50 minit
4. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan rakan-rakan
mangsa semasa
kemalangan berlaku ?
A rawan B gementar C girang D panik
5. Apakah perasaan yang dialami
oleh keluarga mangsa apabila mendapat berita
daripada pihak sekolah ?
A Seperti kaca terhempas ke
batu C Seperti
hujan jatuh ke pasir
B Seperti sibuta kehilangan
tongkat D Sudah jatuh ditimpa tangga
No comments:
Post a Comment