Tajuk: Membaca
Pantun sempena Minggu Anti Dadah
Pergi
ke kebun menanam papaya,
Papaya dijual di tengah kota;
Dadah
dan ice sangat berbahaya,
Perosak bangsa negara musnah.
Jebat derhaka berpaling tadah,
Menuduh Tuah melanggar fitnah;
Kalau
kita ketagihan dadah,
Bangsa rosak agama punah.
Baju
kebaya dan juga sari,
Yang mana satu pilihan hati;
Usah
menyeksa diri sendiri,
Ganja bukan teman sejati.
Tempat
riadah untuk kesihatan,
Pergi
bersama kenalan dan jiran;
Mengambil
dadah satu kesalahan,
Merosak badan merungkai iman.
Dari
Alor ke Kampung Jasa,
Hendak menjerat di Parit Buana;
Jauhi
dadah pemenang bangsa,
Hidup yang berkat lebih bermakna.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya suka pantun ni.. Ada gaya bahasa dan ada pembayang yang menarik
ReplyDeleteketua ketua raja duduk,
ReplyDeletejangan ditimpa papan,
diketahui ganja itu mabuk,
apakah sebab maka dimakan.