Blogger Widgets

Thursday, 18 April 2013

Pilih jawapan yang sesuai


PILIH JAWAPAN YANG SESUAI.

1.     Adakah awak yang meletakkan barang di atas peti itu ?
A Saya meletakkan barang di atas peti itu.
B Barang-barang itu saya letakkan di atas peti itu.
C Ya, saya yang meletakkannya.
D Sebenarnya saya telah meletakkan peti di atas barang itu.

2.     Bagaimanakah keadaan cuaca di tempat itu ?
A Sungguh indah tempat itu, Dini.
B Nyaman sungguh, Dini.
C Engkau pergilah merasainya.
D Selalunya hujan turun di tempat itu.

3.     Adakah engkau pernah ke Bukit Kayu Hitam ?
A Benar, aku ke Bukit Kayu Hitam  pada minggu lepas.
B Ya, aku pernah ke sana.
C Entahlah, mungkin aku akan ke sana pada hujung minggu ini.
D Aku pergi ke sana dengan Ali dan Karim.

4.     Bilakah negara kita merdeka ?
A Negara kita menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun.
B Pada tahun ini, sambutan hari kemerdekaan disambut di Kuala Lumpur.
C Setahu saya, sambutan hari kemerdekaan  diadakan pada 31 Ogos.
D Negara kita merdeka pada 31 Ogos 1957.

5.     Sudikah awak bergambar dengan saya untuk kenang-kenangan ?
A Malang sungguh nasib awak, awak tidak berpeluang bergambar dengannya.
B Boleh, saya tidak sesuai bergambar dengan kamu.
C Boleh, gambar-gambar ini akan saya kirimkan kepada awak melalui pos.
D Boleh, apa salahnya. Sekurang-kurangnya ini dapat menjalinkan persahabatan kita.

6.     Apakah gunung yang paling tinggi di Semenanjung Malaysia ?
A Gunung yang paling tinggi di Semenanjung Malaysia ialah Gunung Tahan.
B Ya, Gunung Tahan.
C Gunung yang paling tinggi ialah Gunung Kinabalu.
D Gunung Kinabalu , di Sabah.


No comments:

Post a Comment