PENJODOH BILANGAN.
1.
Nenek saya menghadapi kesukaran untuk memasukkan
se____________ benang ke dalam
lubang jarum.
A helai B gulung C lembar D utas
2.
Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh, akhirnya
Zuraida pulang ke tanah air dengan
se_____________ ijazah.
A gelung B bungkus C helai D gulung
3.
Pemilik gerai itu memberi Ahmad segugus anggur dan
se__________ jagung untuk dibawa
pulang.
A biji B tongkol C batang D buah
4.
Rohaya membeli se___________ selendang yang
bersulamkan benang emas.
A helai B bidang C keping D pasang
5.
Ayah membeli tiga ___________ petai daripada Pak
Uda.
A papan B biji C mata D
buah
6.
Se___________ kayu api yang telah padam itu dibuang
oleh Haris.
A batang B puntung C keping D bilah
7.
Di belakang rumah Hafizi terdapat se_____________
serai.
A rumpun B longgok C rimbun D
batang
8.
Yusof mengait se_____________ kelapa di belakang
rumahnya untuk dibuat kenduri.
A gugus B biji C buah D
tandan
9.
Fatimah membeli sepuluh _____________ sate.
A cucuk B batang C keping D papan
10. Tiada _____________
perkataanpun yang dikeluarkan oleh Nasaruddin semasa dia melangkah
keluar dari pejabat itu.
A sebaris B serangkap C sepatah D seperenggan
11. Beberapa ______________ daun
limau purut dan beberapa ___________ asam gelugur
diperlukan untuk memasak
tomyam.
A hiris…ketul B helai…keping C ikat…cebis D
helai…ulas
12. “Sekarang ini
se_____________ rotanpun sukar diperoleh,” Pak Seman merungut.
A batang B bilah C urat D
utas
No comments:
Post a Comment