1. Cekal
menghadapi dugaan
2. Berusaha
mencapai cita-cita
3. Berjimat-cermat
4. Tekun
dan rajin
5. Pandai
mengambil hati pelanggan
6. Jujur
berniaga
7. Tanggungjawab
kepada keluarga
Banyak pengajaran yang boleh didapati daripada cerita
tersebut. Antaranya, kita haruslah cekal dan tabah menghadapi dugaan dan
cabaran hidup. Jangan cepat berputus asa. Kita juga hendaklah berusaha dan
bekerja keras untuk mencapai cita-cita yang diidamkan. Hindari sikap berpeluk
tubuh kerana rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang
gigih. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit merupakan peribahasa
yang boleh dijadikan amalan, jika kita inginkan masa depan yang lebih terjamin.
Hal ini demikian, sangat penting sekiranya kita ingin melibatkan diri dalam
dunia perniagaan. Selain ketekunan dan kerajinan, kebijaksanaan kita mengambil
hati pelanggan juga sangat penting bagi memastikan perniagaan kita berjaya.
Selain itu, kita mestilah jujur semasa berurusan dengan pelanggan bagi
memastikan mereka akan sentiasa berurusan dengan kita. Jangan sesekali jadi
seperti kacang lupakan kulit, apabila kita telah mengecapi
kesenangan.
bertanggungjawab terhadap keluarga kita.
-
hendaklah, perlulah, patutlah, haruslah, mestilah,
-
disaran supaya, diseru supaya, diminta supaya, digalakkan supaya,
disyorkan supaya, diajak supaya, dituntut
supaya, digesa supaya,
Contoh penggunaan penanda
wacana
- di
samping itu, selain itu, namun begitu, hal yang demikian,
1.
Kita
hendaklah rajin berusaha
untuk mencapai cita-cita yang dihajati. Impian kita tentu tidak akan menjadi
kenyataan jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya.
2.
Kita
haruslah sentiasa bertanggungjawab
melaksanakan sebarang tugas yang diberikan. Jangan mengabaikan tugas yang
dipertanggungjawabkan kepada kita.
3.
Kita
juga perlulah menjadi murid yang berdisiplin.
Peraturan atau undang-undang dalam kehidupan seharian hendaklah dipatuhi.
4.
Kita
juga disaran supaya sanggup membantu orang lain yang memerlukan pertolongan.
Sikap tolong-menolong patut
menjadi amalan hidup kita.
5.
Kita
juga perlu mempunyai wawasan dan
bercita-cita tinggi. Oleh itu kita akan bekerja keras untuk mencapai
matlamat tersebut.
6.
Kita
juga digalakkan bekerjasama
dengan orang lain. Perumpamaan seperti aur dengan tebing perlu diamalkan dalam
kehidupan seharian.
7.
Kita
juga patut berjimat-cermat.
Jangan membazir semasa berbelanja. Sesungguhnya boros itu merupakan amalam
syaitan.
8.
Kita
juga dituntut agar sentiasa menghormati
orang lain. Hubungan silaturahim akan lebih erat jika kita saling
menghormati antara satu sama lain.
9.
Kita
juga harus bersabar apabila
ditimpa sesuatu musibah atau kesusahan. Orang yang sentiasa bersabar akan
mendapat keredaan Tuhan.
10. Kita juga mestilah cekal dan tabah dalam menghadapi
ujian dan dugaan hidup. Jangan sesekali merungut seandainya kita dilanda
kesulitan atau kapayahan.
11. Kita juga diminta supaya bertimbang rasa terhadap orang
lain. Janganlah mementingkan diri sendiri.
12. Kita juga mestilah bersyukur kepada Allah atas
segala nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita.
13. Kita juga diseru supaya berbuat baik sesama insan.
Jangan menyakiti hati orang lain.
14. Kita juga disaran supaya bekerja keras untuk mencapai
cita-cita. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
15. Kita juga hendaklah berbudi bahasa, terutama semasa
berkomunikasi dengan orang lain. Jangan meninggikan suara apabila berbicara.
16. Kita juga dituntut supaya jujur dan amanah dalam kehidupan
seharian. Jangan mengkhianati kepercayaan orang lain terhadap kita.
17. Kita juga digesa supaya
mendengar dan patuh akan nasihat
yang diberikan sama ada oleh guru mahupun ibu bapa.
18. Kita juga diseru supaya aktif dalam bidang kokurikulum.
Jangan hanya menumpukan perhatian dalam bidang akademik semata-mata.
19. Masa itu emas. Oleh itu kita
mestilah menepati masa.
20. Kita juga disyorkan supaya membalas jasa, terutama kepada
ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita. Jangan jadi seperti kacang
lupakan kulit.
21. Kita juga perlu bijak menguruskan masa. Jadual
waktu harian amat penting supaya kita tidak akan melakukan perkara yang tidak
berfaedah.
22. Kita juga diminta bertolak-ansur. Jangan
mementingkan diri sendiri.
23. Kita juga disaran supaya berhati-hati semasa melakukan
sesuatu tugas agar hasil pekerjaan kita menjadi sempurna.
24. Kita juga diajak supaya berdikari. Jangan selalu
mengharapkan ihsan atau pertolongan orang lain.
25. Amalan
membaca
patut dijadikan rutin harian kita. Membaca merupakan jambatan ilmu. Orang yang
menjadi ulat buku tentunya akan mendapat banyak pengetahuan. Jangan jadi
seperti katak di bawah tempurung.
26. Kita juga diseru supaya sedia memaafkan kesalahan orang
lain. Hubungan silaturahim akan berkekalan sekiranya kita saling bermaafan.
27. Kita mestilah menjaga kebersihan. Kebersihan
sebahagian daripada iman.
28. Perasaan sayang-menyayangi sesama insan perlu ada dalam diri kita.
Hidup akan lebih bermakna sekiranya kita sentiasa menyayangi dan disayangi.
29. Kita harus bersimpati dan belas kasihan
seandainya ada insane yang sengsara atau ditimpa kesusahan. Hulurkan bantuan
mengikut kemampuan kita.
30. Ucapan
terima kasih
hendaklah kita berikan apabila menerima pertolongan daripada sesiapa sahaja.
No comments:
Post a Comment