KATA GANDA.
1.
Bas Intrakota yang ______________ dari Puda ke
tempat saya bernombor 28.
A lalu-lintas B berumbang-ambing C berulang-alik D berduyun-duyun
2.
Kertas itu _______________ sebelum dilemparkan
olehnya ke dalam bakul sampah.
A digomol-gomolnya B direnyuk-renyuknya C digemal-gemalnya D ditoreh-torehnya
3.
_________________ tentang perkahwinan pelakon
popular itu telah tersebar ke seluruh negara.
A kata-kata B Desas-desus C hina-dina D apa-apa
4.
“Kebanyakan ________________ beracun. Oleh itu,
berhati-hatilah ketika berenang-renang di
tepi laut.” Kata Johan.
A ampai-ampai B duit-duit C pijat-pijat D
obor-obor
5.
______________ para penonton di stadium itu
kedengaran hingga ke rumah kami.
A Huru-hara B Hiruk-pikuk C Hingar-bingar D
Sorak-sorai
6.
Apabila kedua-dua orang sahabat itu bertemu, mereka
___________________.
A bertampar-tamparan B berdakap-dakapan C bertarik-tarikan D berdua-duaan
7.
Budak itu ditipu oleh mereka dengan
_________________.
A habis-habisan B elok-elok C terang-terangan D bertungkus-lumus
8.
Dia _______________ ke sekolah kerana bangun lewat.
A berbolak-balik B terpontang-panting C tergopoh-gapah D terlayang-layang
9.
Kami berdoa _________________ awak sembuh daripada
demam.
A agar-agar B
mudah-mudahan C
puji-pujian D lambat-laun
10. Berfikirlah ______________
sebelum kamu bertindak.
A halus-halus B masak-masak C betul-betul D
macam-macam
11. _____________ Encik Selva
menyangkal dakwaan terhadap dirinya.
A Mati-matian B Terus-terusan C Habis-habisan D Benar-benar
12. Para penduduk mendakwa
bahawa helikopter itu ______________ di udara sebelum meletup.
A bergegar-gegar B berlegar-legar C berpusing-pusing D bergoyang-goyang
13. Mereka memulakan majlis itu
dengan __________________ pantun.
A bertukar-tukar B berlawan-lawan C berbalas-balas D
berselang-selang
14. Kami _________________ pergi
berkelah di kawasan air terjun itu.
A jarang-jarang B kurang-kurang C kerap-kerap D
perlahan-lahan
No comments:
Post a Comment