PILIH SOALAN YANG SESUAI.
1.
Budak itu
menelefon pihak polis sebaik sahaja ternampak orang yang tidak dikenali
memasuki rumah jirannya pada malam kelmarin.
A Mengapakah budak itu menelefon pihak polis ?
B Apakah yang dilakukan oleh budak itu malam kelmarin ?
C Apakah yang dilakukan oleh budak itu apabila melihat orang yang tidak
dikenali
masuk ke rumah jirannya ?
D Bagaimanakah reaksi polis apabila menerima panggilan daripada budak
itu pada
malam kelmarin ?
2.
“Cerpen ‘Munirah’
dikarang oleh Anuar Ali, bukannya dikarang oleh Anuar Musa,” kata Zamri kepada
kawannya.
A Cerpen ini dikarang oleh Anuar Ali ?
B Cerpen ini dikarang oleh siapa ?
C Cerpen ini dikarang oleh Anuar Musa ?
D Cerpen ini dikarang oleh mereka ?
3.
Pihak kerajaan
akan mengubahsuaikan tanah lombong bagi kegunaan pertanian untuk mengatasi
masalah pengangguran.
A Benarkah langkah kerajaan mengatasi masalah pengangguran dengan
mengubahsuaikan tanah lombong
?
B Mengapakah kerajaan
mengubahsuaikan tanah lombong itu ?
C Siapakah yang akan mengubahsuaikan tanah lombong untuk kegunaan
pertanian ?
D Bagaimanakah kerajaan berusaha mengatasi masalah pengangguran ?
4.
Kami pulang ke
rumah masing-masing.
A Apakah yang kamu buat di tempat kemalangan itu ?
C Adakah kamu berada di tempat kemalangan itu ?
B Bilakah mangsa kemalangan itu dibawa ke hospital ?
D Ke manakah kamu pergi selepas kemalangan itu berlaku ?
5.
Sebagai
akibatnya, tentulah sampah-sarap akan bertimbun dengan banyak.
A Sejak bilakah sampah-sarap itu tidak diangkut oleh mereka ?
B Apakah kesan buruk jika sampah-sarap itu tidak diangkut lagi ?
C Mengapakah sampah-sarap itu tidak diangkut lagi ?
D Bagaimanakah reaksi penduduk di tempat sampah-sarap yang tidak
diangkut itu ?
No comments:
Post a Comment