Contoh karangan ucapan perpisahan guru.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan
Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi.
Hadirin yang dihormati,
Terlebih
dahulu, saya mengucapkan terima kasih dan berbesar hati kerana pihak majlis
sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dalam majlis pada hari ini.
Sebagaimana yang kita ketahui, majlis ini diadakan adalah untuk meraikan cikgu Shahimi
yang akan berpindah ke sekolah lain tidak lama lagi.
Sesungguhnya
kita tidak menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama mencurahkan
bakti di sini. Kita berasa amat sedih kerana akan kehilangan seorang guru yang
sangat dedikasi terhadap tugasnya.
Hadirin yang dikasihi,
Pengorbanan
dan jasa beliau kepada kita tidak ternilai harganya. Beliau telah banyak
membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada kita. Selain itu, beliau juga
sentiasa mengambil berat dan sanggup meluangkan masa mengadakan kelas tambahan
kepada murid-muridnya.
Saya
mewakili semua murid, mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Shahimi.
Kami menghargai segala usaha dan jasa cikgu. Kami berjanji akan belajar
bersungguh-sungguh agar impian dan cita-cita kami tercapai.
Kami juga
meminta ampun dan maaf daripada cikgu jika terdapat sebarang kesilapan yang
telah kami lakukan sepanjang cikgu mendidik kami.
Akhir sekali, saya mewakili semua
murid di sekolah ini berdoa agar cikgu akan berbahagia apabila bertugas di
sekolah baru nanti. Sebelum mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap pantun
daripada saya.
Pucuk pauh delima
batu,
Anak
sembilang di tapak tangan;
Walaupun jauh
ribuan batu,
Hilang
di mata, di hati jangan.
Sekian, terima kasih.
bagus.Anda seharusnya melakukan seperti ini lagi.
ReplyDelete