Blogger Widgets

Monday, 15 April 2013

Pantun Empat Kerat


Tajuk: Membaca Pantun sempena Minggu Anti Dadah

Pergi ke kebun menanam papaya,
          Papaya dijual di tengah kota;
Dadah dan ice sangat berbahaya,
          Perosak bangsa negara musnah.

 Jebat derhaka berpaling tadah,
          Menuduh Tuah melanggar fitnah;   
Kalau kita ketagihan dadah,
          Bangsa rosak agama  punah.

Baju kebaya dan juga sari,
          Yang mana satu pilihan hati;
Usah menyeksa diri sendiri,
          Ganja bukan teman sejati.

Tempat riadah untuk kesihatan,
          Pergi bersama kenalan dan jiran;
Mengambil dadah satu kesalahan,
          Merosak badan merungkai iman.

Dari Alor ke Kampung Jasa,
          Hendak menjerat di Parit Buana;
Jauhi dadah pemenang bangsa,
          Hidup yang berkat lebih bermakna.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya suka pantun ni.. Ada gaya bahasa dan ada pembayang yang menarik

    ReplyDelete
  3. ketua ketua raja duduk,
    jangan ditimpa papan,
    diketahui ganja itu mabuk,
    apakah sebab maka dimakan.

    ReplyDelete