Blogger Widgets

Wednesday, 24 April 2013


Contoh karangan ucapan perpisahan guru.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi.

Hadirin yang dihormati,
            Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih dan berbesar hati kerana pihak majlis sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dalam majlis pada hari ini. Sebagaimana yang kita ketahui, majlis ini diadakan adalah untuk meraikan cikgu Shahimi yang akan berpindah ke sekolah lain tidak lama lagi.
            Sesungguhnya kita tidak menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama mencurahkan bakti di sini. Kita berasa amat sedih kerana akan kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi terhadap tugasnya.

Hadirin yang dikasihi,
            Pengorbanan dan jasa beliau kepada kita tidak ternilai harganya. Beliau telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada kita. Selain itu, beliau juga sentiasa mengambil berat dan sanggup meluangkan masa mengadakan kelas tambahan kepada murid-muridnya.
            Saya mewakili semua murid, mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Shahimi. Kami menghargai segala usaha dan jasa cikgu. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh agar impian dan cita-cita kami tercapai.
            Kami juga meminta ampun dan maaf daripada cikgu jika terdapat sebarang kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang cikgu mendidik kami.
Akhir sekali, saya mewakili semua murid di sekolah ini berdoa agar cikgu akan berbahagia apabila bertugas di sekolah baru nanti. Sebelum mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap pantun daripada saya.

Pucuk pauh delima batu,
            Anak sembilang di tapak tangan;
Walaupun jauh ribuan batu,
            Hilang di mata, di hati jangan.

Sekian, terima kasih.

UPSR: Contoh Karangan


Contoh karangan ucapan perpisahan guru.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi.

Hadirin yang dihormati,
            Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih dan berbesar hati kerana pihak majlis sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dalam majlis pada hari ini. Sebagaimana yang kita ketahui, majlis ini diadakan adalah untuk meraikan cikgu Shahimi yang akan berpindah ke sekolah lain tidak lama lagi.
            Sesungguhnya kita tidak menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama mencurahkan bakti di sini. Kita berasa amat sedih kerana akan kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi terhadap tugasnya.

Hadirin yang dikasihi,
            Pengorbanan dan jasa beliau kepada kita tidak ternilai harganya. Beliau telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada kita. Selain itu, beliau juga sentiasa mengambil berat dan sanggup meluangkan masa mengadakan kelas tambahan kepada murid-muridnya.
            Saya mewakili semua murid, mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Shahimi. Kami menghargai segala usaha dan jasa cikgu. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh agar impian dan cita-cita kami tercapai.
            Kami juga meminta ampun dan maaf daripada cikgu jika terdapat sebarang kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang cikgu mendidik kami.
Akhir sekali, saya mewakili semua murid di sekolah ini berdoa agar cikgu akan berbahagia apabila bertugas di sekolah baru nanti. Sebelum mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap pantun daripada saya.

Pucuk pauh delima batu,
            Anak sembilang di tapak tangan;
Walaupun jauh ribuan batu,
            Hilang di mata, di hati jangan.

Sekian, terima kasih.

UPSR: Contoh Huraian Pengajaran



1.      Cekal menghadapi dugaan
2.      Berusaha mencapai cita-cita
3.      Berjimat-cermat
4.      Tekun dan rajin
5.      Pandai mengambil hati pelanggan
6.      Jujur berniaga
7.      Tanggungjawab kepada keluarga

Banyak pengajaran yang boleh didapati daripada cerita tersebut. Antaranya, kita haruslah cekal dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Jangan cepat berputus asa. Kita juga hendaklah berusaha dan bekerja keras untuk mencapai cita-cita yang diidamkan. Hindari sikap berpeluk tubuh kerana rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit merupakan peribahasa yang boleh dijadikan amalan, jika kita inginkan masa depan yang lebih terjamin. Hal ini demikian, sangat penting sekiranya kita ingin melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Selain ketekunan dan kerajinan, kebijaksanaan kita mengambil hati pelanggan juga sangat penting bagi memastikan perniagaan kita berjaya. Selain itu, kita mestilah jujur semasa berurusan dengan pelanggan bagi memastikan mereka akan sentiasa berurusan dengan kita. Jangan sesekali jadi seperti kacang lupakan kulit, apabila kita telah mengecapi kesenangan.
bertanggungjawab terhadap keluarga kita.

 Contoh huraian pengajaran / nilai murni

 Contoh penggunaan kata / rangkai kata
- hendaklah, perlulah, patutlah, haruslah, mestilah,
- disaran supaya, diseru supaya, diminta supaya, digalakkan supaya,  
   disyorkan supaya, diajak supaya, dituntut supaya, digesa supaya,

Contoh penggunaan penanda wacana
- di samping itu, selain itu, namun begitu, hal yang demikian,

1.      Kita hendaklah rajin berusaha untuk mencapai cita-cita yang dihajati. Impian kita tentu tidak akan menjadi kenyataan jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya.
2.      Kita haruslah sentiasa bertanggungjawab melaksanakan sebarang tugas yang diberikan. Jangan mengabaikan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita.
3.      Kita juga perlulah menjadi murid yang berdisiplin. Peraturan atau undang-undang dalam kehidupan seharian hendaklah dipatuhi.
4.      Kita juga disaran supaya sanggup membantu orang lain yang memerlukan pertolongan. Sikap tolong-menolong patut menjadi amalan hidup kita.
5.      Kita juga perlu mempunyai wawasan dan bercita-cita tinggi. Oleh itu kita akan bekerja keras untuk mencapai matlamat tersebut.
6.      Kita juga digalakkan bekerjasama dengan orang lain. Perumpamaan seperti aur dengan tebing perlu diamalkan dalam kehidupan seharian.
7.      Kita juga patut berjimat-cermat. Jangan membazir semasa berbelanja. Sesungguhnya boros itu merupakan amalam syaitan.
8.      Kita juga dituntut agar sentiasa menghormati orang lain. Hubungan silaturahim akan lebih erat jika kita saling menghormati antara satu sama lain.
9.      Kita juga harus bersabar apabila ditimpa sesuatu musibah atau kesusahan. Orang yang sentiasa bersabar akan mendapat keredaan Tuhan.
10. Kita juga mestilah cekal dan tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan hidup. Jangan sesekali merungut seandainya kita dilanda kesulitan atau kapayahan.
11. Kita juga diminta supaya bertimbang rasa terhadap orang lain. Janganlah mementingkan diri sendiri.
12. Kita juga mestilah bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita.
13. Kita juga diseru supaya berbuat baik sesama insan. Jangan menyakiti hati orang lain.
14. Kita juga disaran supaya bekerja keras untuk mencapai cita-cita. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
15. Kita juga hendaklah berbudi bahasa, terutama semasa berkomunikasi dengan orang lain. Jangan meninggikan suara apabila berbicara.
16. Kita juga dituntut supaya jujur dan amanah dalam kehidupan seharian. Jangan mengkhianati kepercayaan orang lain terhadap kita.
17. Kita juga digesa supaya mendengar dan patuh akan nasihat yang diberikan sama ada oleh guru mahupun ibu bapa.
18. Kita juga diseru supaya aktif dalam bidang kokurikulum. Jangan hanya menumpukan perhatian dalam bidang akademik semata-mata.
19. Masa itu emas. Oleh itu kita mestilah menepati masa.
20. Kita juga disyorkan supaya membalas jasa, terutama kepada ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.
21. Kita juga perlu bijak menguruskan masa. Jadual waktu harian amat penting supaya kita tidak akan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
22. Kita juga diminta bertolak-ansur. Jangan mementingkan diri sendiri.
23. Kita juga disaran supaya berhati-hati semasa melakukan sesuatu tugas agar hasil pekerjaan kita menjadi sempurna.
24. Kita juga diajak supaya berdikari. Jangan selalu mengharapkan ihsan atau pertolongan orang lain.
25. Amalan membaca patut dijadikan rutin harian kita. Membaca merupakan jambatan ilmu. Orang yang menjadi ulat buku tentunya akan mendapat banyak pengetahuan. Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung.
26. Kita juga diseru supaya sedia memaafkan kesalahan orang lain. Hubungan silaturahim akan berkekalan sekiranya kita saling bermaafan.
27. Kita mestilah menjaga kebersihan. Kebersihan sebahagian daripada iman.
28. Perasaan sayang-menyayangi sesama insan perlu ada dalam diri kita. Hidup akan lebih bermakna sekiranya kita sentiasa menyayangi dan disayangi.
29. Kita harus bersimpati dan belas kasihan seandainya ada insane yang sengsara atau ditimpa kesusahan. Hulurkan bantuan mengikut kemampuan kita.
30. Ucapan terima kasih hendaklah kita berikan apabila menerima pertolongan daripada sesiapa sahaja.

UPSR:Bahagian C Menulis Pengajaran


BAHAGIAN C – Menuulis pengajaran

Iktibarnya, kita ...
haruslah, perlulah, mestilah, hendaklah,
disaran, diseru, diajak, digesa, diminta, disyor, diingatkan,

Selain itu/ Di samping itu/ Seterusnya/

  1. ... rajin membaca
  2. ... rajinmenuntut ilmu
  3. ... rajin mengulangkaji pelajaran
  4. ... bijak mengisi masa lapang
  5. ... menghargai masa
  6. ... berusaha bersungguh-sungguh
  7. ... menjadi insan yang bertanggungjawab
  8. ... bersikap pemurah
  9. ... memberi tumpuan semasa di dalam kelas
  10. ... amanah apabila menerima sesuatu tanggungjawab daripada orang lain
  11. ... bersikap jujur
  12. ... bertanya
  13. ... berbincang
  14. ... membantu
  15. ... bekerjasama
  16. ... bertolak ansur
  17. ... mengucapkan terima kasih
  18. ... bercita-cita tinggi
  19. ... berazam untuk mengubah sikap
  20. ... mendengar nasihat
  21. ... ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan
  22. ... menghormati orang lain
  23. ... taat kepada ibu bapa
  24. ... berdisiplin
  25. ... berwawasan
  26. ... berani
  27. ... bangun awal
  28. ... berakhlak mulia
  29. ... menyayangi
  30. ... mencintai alam sekitar
  31. ... berdoa kepada Allah
  32. ... bertimbang rasa
  33. ... bersatupadu
  34. ... mementingkan dan menjaga bebersihan diri
  35. ... mengenang dan membalas jasa ibu bapa
  36. ... bijak memilih rakan
  37. ... bersemangat patriotik
  38. ... tidak mudah berputus asa
  39. ... merancang sebelum bertindak
  40. ... menjaga keselamatan diri
  41. ... aktif dalam bidang kokurikulum
  42. ... berjimat cermat
  43. ... menepati masa
  44. ... bersyukur kepada Allah
  45. ... memaafkan kesalahan orang lain
  46. ... bersabar
  47. ... berdikari

Tuesday, 23 April 2013

MINGGU 10: MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU


MINGGU 10 : Membina Bahan Video Dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu


Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.

Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.

Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan

(i) Penentuan peringkat pengajaran

(ii) Kemahiran bahasa

(i) Penentuan peringkat pengajaran

Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:

Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.


(i) Kemahiran Berbahasa

Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantú mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.

Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip pembinaan bahan video dan audio:
Penggunaan elemen teks

Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.


Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.

Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Penggunaan elemen audio

Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan
Panduan meggunakan elemen video

Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

Panduan menggunakan elemen animasi

Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.
Membina Bahan Video Dan Audio

Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:








 MINGGU 9 : Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.
Prosedur pengeditan

Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.
Langkah-langkahnya ialah:

 Langkah 1 & 2


 Langkah 3

 Langkah 4

 Langkah 5

 Langkah 6

 Langkah 7

 Langkah 8

 Langkah terakhir

MINGGU 8: PENGAJARAN B MELAYU SECARA ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN


MINGGU 8 : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Dan Luar Talian Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan
Pengenalan
Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet .
Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.




(i) Dapat mengakses bahan dengan cepat

(ii) Kepelbagaian bahan di internet

(iii) Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan.


Bahan yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas talian ialah:



Melaksanakan simulasi pengajaran atas talian




MINGGU 7: MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM p&p B. MELAYU


MINGGU 7 : Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Pengenalan
Bengkel Model Pemprosesan Maklumat

Terdapat prinsip-prinsip yang harus dipatuhi dalam pemprosesan maklumat ini agar maklumat yang didapati dalam keadaan yang baik

Prinsip pemprosesan maklumat

Empat proses yang terlibat dalam pemprosesan maklumat


Terdapat dua jenis ingatan yang membantu proses ingatan berfungsi iaitu:
(i)  Ingatan jangka pendek
(ii)  Ingatan jangka panjang

Proses Ingatan jangka pendek


 Proses ingatan jangka panjang
 Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak pembelajaran.

Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembelajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya untuk P&P yang seterusnya.


Contoh-contoh tapak pembelajaran




MINGGU 6: MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN P&P B. MELAYU


MINGGU 6 : Membina Dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan Dalam Penyusunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Pengenalan

· Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.

·   Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.

· Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.


Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu:
1. Struktur Hierarki

2. Struktur Komposit

Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
Kesan kepada murid

Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.
Kepentingan akses struktur perpautan

Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan
(iii) Struktur linear

· Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.

· Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.


3. Struktur Linear
Contoh urutan perpautan bagi contoh hierarki





MINGGU 5 MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK, LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN PAKAEJ TUTORIAL PEMBELAJARAN DLM P & P B.MELAYU


MINGGU 5 : Membina Dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran Dan Pakej Tutorial Pembelajaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran. Tapak pembelajaran ini boleh dibina dengan mengikuti beberapa langkah untuk membina tapak pembelajaran.






Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah,


Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Tapak pembelajaran Sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.
Antara contoh-contoh jenis laman web:


· Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.

BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
3
Font atau muka taip
· Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
· Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
· Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
· Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.
Ikon
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)
Pautan hyperteks
· Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
· Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
Format gambar
· Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
· Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
· Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.
Format fail gambar
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.
Animasi
· Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
· Animasi multimedia lebih kompleks
· Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
· Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.